Travel

Sunday, February 06, 2011

Bukit Malawati, Kuala Selangor ( Part 1 )

Sempena cuti CNY, mama plan nak gi Jeram (tuntut janji dari Papa sebenarnya ..heheh).. Bila sembang dengan opismate mama, dia suggest pegi Bukit Malawati. Very Good idea! Untie Ujen pun pernah cerita pasal dia pegi Bukit Malawati.
So, pagi Sabtu bertolak dari rumah pukul 9 lebih. (target nak sampai Bukit Malawati sebelum koi 10 pagi..keluar koi 9 lebih..cam mana..hehhe). Dari Bukit Beruntung, papa lalu Bukit Tagar menghala ke Bestari Jaya(dulu Batang Berjuntai) dan keluar ke Kuala Selangor. Seronok pagi2 ni lalu kawasan2 hijau ni. Rasa tenang jer.
Sampai kat kaki Bukit Malawati ( mula2 ingatkan ejaannya Melawati..salah rupanya), cari sarapan pagi dulu. Kat kaki Bukit Malawati ni ada pekan kecik..macam2 kedai ada. Mama cari restoran Pantimor, nak makan nasi lemak lauk ala-ala yang Untie Ujen rekemen. Tapi malangnya, nasi lemak dah habis....lauk ala-ala pun tak der..memang x der rezeki..mama makan nasi goreng jer..nasi putih dan lauk pauk dah ada, tapi awal sangat lagi nak makan nasi putih.
Dah abis makan, papa parking kat dengan pintu gerbang Bukit Malawati. Kat situ, nampak 2 tram yang tengah tunggu turn amik penumpang.
Di stesen tram ni, ada kaunter tiket. Ada kemudahan tandas awam, ada taman permainan kanak-kanak, ada kedai jual cenderamata etc. Tiket naik Tram ni rm3 untuk dewasa dan rm1 untuk kanak2.
Tram akan bawa penumpang naik ke puncak Bukit Malawati dan bawa turun ke Taman Ikan Air Tawar (macam Mini Zoo). Seronok naik tram ni, tapi gayat jugak la..sebab lalu lereng bukit :) Rumah Api di puncak Bukit Malawati. Nice view!

Aimy happy nak naik tram:)

Depan stesen Tram sebelum tram bergerak.

Pintu Gerbang

Serba sedikit mengenai Bukit Malawati dalam bahasa Cina & Jepun. Sebelah sana dalam bahasa melayu dan English.

Depan kaunter tiket.

Harga tiket - murah jer, berpatutan. Aquarium tu Taman Ikan Air Tawar.

Posing depan tram.

Sarapan kat sini. Ramai orang makan sini, chinese pun ramai. Tak tau la sebab CNY ke..tapi nasi goreng yang mama makan..pedas gila!!

Aimy sekarang memang nak makan sendiri jer..

Uncle ni sporting :)..antara customer kat restoran Pantimor.

Bersungguh Aisya makan.

Amna makan kalau tak comot tak sah.
Ini peta yang mama save dari Googlemap. Rasanya papa memang follow route yang sama.
Ok..cukup setakat ini..banyak lagi cerita pasal Bukit Malawati. To be continue..


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers