Travel

Monday, December 06, 2010

Bukit Gambang WaterPark, Kuantan, Pahang

Weekend baru-baru ni, Papa ada Department TeamBuilding kat Bukit Gambang Resort. Mama dah lama teringin nak pegi Bukit Gambang ni..makanya Mama 'cucuk-cucuk' la Papa supaya Papa bawa kita pegi Bukit Gambang ni..walaupun pada mulanya ada adegan rajuk-merajuk ..kkekek..tapi at last, Papa bawa kita pegi Bukit Gambang...bersama-sama Mak Wan. Yaeahhhh!!!
Hari Sabtu pagi pukul 7.00 am lebih kurang bertolak dari rumah Makwan. Singgah di R&R Temerloh sarapan pagi dengan bekal yang Makwan bawa. Ada bihun goreng, cokodok pisang, buah jambu, maruku, air milo..perrgghhhh!!! Sebab masa tu hujan, malas nak turun..makan dalam kereta je. Rasa macam dah lama sangat tak makan-makan dalam kereta ni :)..TERIMA KASIH MAKWAN!!
Sampai kat Bukit Gambang WaterPark dalam pukul 11.00 am. Papa tinggalkan kita kat situ, kemudian Papa pegi ke Bukit Gambang Resort untuk Teambuilding. Sebelah bangunan jerrr...
Cuaca agak mendung, makanya gambar pun mendung:(
Ini kaunter tiket, harganya boleh tahan mahal jugak. Tapi murah ssiikiiit la dari Sunway Lagoon kan..kan..

Sebelum masuk, Mama nak beli baju mandi Aimy. Aisya & Amna dah ada baju mandi..tapi masuk-masuk gift shop nampak pelampung la plakkkkk..Dapat la sorang satu pelampung, Mak Wan belanje termasuk dengan baju mandi Aimy. Terima Kasih Makwan sekali lagi :)


Dalam water park ni, kalau nak beli makanan ke, nak bayar tuk rental tube ke, rental locker ke..kena guna E-value. Cash tak diterima. Cara nak dapatkan E-Value ni, masa kat kaunter tiket, beli E-Value dan nilainya akan di top-up pada 'gelang'. Bila nak berurusan jual beli kat dalam, cuma hulurkan 'gelang' dan teeetttt(bunyi mesin pengimbas bat code), akan tertolak la nilai E-Value. Kalau ada lebih jangan risau, dah keluar nanti pegi kat kaunter pemulangan balance E-Value.

Ini loker yang Mama rental. Harga RM5+RM10(deposit-dipulangkan balik bila kita pulangkan gelang). Loker ni tak pakai kunci, tapi pakai scan. Scan ajer gelang pada dinding sebelah loker tu, loker kita akan terbuka. Bila terbuka tu..automatik mulut keluar.."Wooooooo!!"( Jakun la tuh...ekkekek)


Ni apehal awal-awal lagi dah nangis nih..issskkkk...Amna takut kat IKAN JAWS. Mana plak datangnya ikan jaws sayang ooiiii....Mula la duk panggil Papaaaa...Papaaaaa....Jawabnya kena marah jer la ngan Mama. Aisya dah tak sedar diri main gelongsor. Aimy dah sonok main tepuk-tepuk air :)
Nampak tak Ikan gemuk yang mulut nganga menghala ke atas tu? itu la IKAN JAWS yang Amna takut. Bila ikan tuh dah dipenuhi air, dia akan melimpahkan air itu secara tiba-tiba. Itu yang Amna takut pada awal nyaaa....tapi itu mula2 jer la...dah paham sangat Amna ni..enjin lambat panas. Hehheh


Ini aksi Amna bila enjin dah panas..siap menari ballet lagi.

Sampai waktu lunch. Makan kat salah satu restoran dalam Waterpark. Order 2 set nasi minyak. Satu untuk Makwan, 1 untuk Mama. Harga RM8.90 ( Nasi Minyak + Air Coke ). 1 set Fish & Chip untuk Amyras. Harga RM11.90 (Fish & Chip + Air Coke). Rasa boleh tahan. Tak tau la sebab lapo ke kan...main air kan cepat lapar. Tapi memang habis licin la semua. Air je tak abis, yer la..dah la sejuk..minum air sejuk lagi..uhuhuhuhu...

Gaya Aimy guna garfu..kenapa budak-budak lebih terarah guna tangan kiri ek? Sama macam Aisya & Amna kecik2..tapi kena training la guna tangan kanan..kan..kan..

Kononnya main ombak la tu..huhuhu..Gaya Aimy dari awal..duk bertenggong sambil tepuk air :)


walaupun cuaca mendung dan kadang kala hujan renyai..tapi Aisya tetap sunburn. Gelap!


Keliling Waterpark ada Cabana atau pondok yang disediakan untuk disewa. Ada 2 harga RM32 & RM42 (ikut area). Tapi Mama tak dapat rental sebab semua dah fully booked. Sedih! Kalau dapat sewa Cabana ni selesa sikit, tambah kalau ada anak kecik kan..senang nak salin baju, bancuh susu etc.


Ini tumpang kejap Cabana, sementara tuannya belum datang. Sian Mak Wan tak der tempat nak rehat. Kawasan lepak lain penuh orang. Almaklum la datang masa cuti sekolah. Cuaca tak berapa baik plak tu, memamang penuh la kawasan yang boleh berteduh.



Mama pun nak posing jugak...huhuhuh..(Risau jer kalau phone jatuh masuk air)


Masa balik, kat kaunter return balance E-Value. Mama terbeli barang ni..OK la untuk tambah koleksi kat peti ais.
Lepas tu, pegi ke resort naik Tram @ Train. Tiket Rm1 sorang.


Ini makan malam yang Papa tapaukan dari Cafe Resort. Penat nak keluar pi makan. Lagi pun Aimy tido tak bangun2. Penat sangat agaknya main air :).
Fish & Chip RM12.90 (mahal sket ..hmm)


Nasi Goreng : RM8.90..Ada telur, ada udang, ada sayur, ada salad. Rasa pun sedap. Tekak melayu, nasi jugak yang sedap..hehheheh


Chicken Chop : RM12.90 ..Gravy black pepper. Tapi cair & rasa agak pahit. Kurang menyelerakan. Mak Wan, Aisya & Amna tak makan sangat. Mama yang makan banyak..huhuhu


Lagi..lagi muka Amna menangis..memang hari ni duk menangis jer Amna..ini masa terbangun dari tidur. Menangis cari Papa. Papa belum balik lagi dari sessi Corporate Warrior. Memang anak Papa betul!!
Tamat kisah sehari di Bukit Gambang Waterpark:)
Untuk keterangan lanjut mengenai Bukit Gabang Waterpark sila ke:

4 comments:

  1. cam besttt jekk!! bila ntah aku nak jejakk nihhh isk isk

    ReplyDelete
  2. :) comel je aimy....
    akak booking mcm mana... yati mmg plan nak bwk2 budak 25-26hb ni...tapi tepon..fully booked... internet pun fully booked...
    hari tu nak tempah tak sempat... aktiviti penuh sgt

    ReplyDelete
  3. Izan...ko kg kan mmg mghala ke selatan.. On d way dah tuuuu...

    ReplyDelete
  4. Yati..sblum ni akak trybooking thru tepon & internet mmg fully booked. Pas tu Ambry booking thru consultant teambuilding korang.. Tu yg dpt bilik tu..:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers