Baju Raya oh Baju Raya
Tahun ni nak pakai sedondon lah dengan Ecah. Mesti comel Ecah pakai baju kurung sama corak ngan Mama. Amna? Amna kecik lagi..baru 4 bulan. Tak yah lah buat baju kurung.
Sebelum puasa dah beli 2 corak kain kat Nagoya Textiles, Carefour Wangsa Maju. 1 kaler purple, 1 kaler kuning+hijau. Tiap satu corak 6 meter , mama 4 meter, Ecah 2 meter. Nanti boleh la pakai raya pertama dgn raya kedua.
Seminggu sebelum puasa, tempah kat Kak Zah. Dulu arwah mak selalu tempah baju kurung kat Kak Zah.
Cuti raya setat hari Sabtu 21hb October 2006. Balik SS ikut jalan biasa. 1st time guna jalan biasa balik SS, sbb before balik pegi 1U, tukar kasut Ecah dari saiz 30 ke saiz 28. Tgk highway ke utara, JEM! Jadinya masa balik guna la jalan biasa. Abang kata save minyak, tol pun x payah bayar. Tapi perjalanan lama la sket.
Hari Ahad 22hb October 2006, mintak tolong along & angah amikkan baju raya kat Kak Zah. Berdebor-debor nih, tunggu along & angah balik. Sesampai jer, along kata,”tak siap lagi maksu, dia kata esok tak pun malam raya.” Tak kisah la, lambat siap pun janji sebelum pagi raya.
Isnin 23hb October 2006 tengahari, suami Kak Zah datang umah. Dia bagitau kak Zah demam. Jadi jangan mengharap sangat la baju raya siap.JANGAN MENGHARAP?? Kain aku antor sebelum puasa, bukannya semalam baru aku antor. Demamnya setat dari sebelum puasa ker?? Itu dalam hati aku jer ler...hehhe..Aku minta baik-baik, kalau boleh siapkan sepasang pun jadi ler...
Lepas suami Kak Zah datang, rasa tak sedap ati jer..kalau siap gak baju raya aku tu cam ner? Dah la aku tak bawak langsung baju kurung balik kampung. Last-last aku ajak abang pegi Ipoh. Tak sanggup aku takder baju raya. Hehehhe..
Memula pegi Jusco Ipoh. Dah sangka dah, sure tak der baju kurung yg lawo punya. Baju kurung budak langsung la takder. Tepon Yong, tanya
Kat mana ader jual baju raya. Green Town Mall?? Awat aku tak pernah dengor pun mall ni? Yg aku tau Ipoh Parade & Jusco jer…Abang Dee bagi direction, nasib baik la jumpa.
Abis la satu Mall tuh aku tawaf. Lastly, jumpa jugak baju kurung yg aku berkenan dan sama kaler ngan baju Melayu abang. Naik penin2 kepala memilih baju. Kesian abang kena jaga Ecah & Amna. Ecah OK lagi, Amna tuh nak kena dukung jer. Dah la semangat.
Alhamdulillah ader gak aku baju raya.Yg penting pagi raya tuh..nak bergambar ngan family.
Raya kedua, along & angah pegi lagi tanya pasal baju aku. Tak siap jugak!! Hmmm…nasib baik la aku beli baju malam raya tu.
Raya ketiga, aku dah dah tawar ati dah..aku dating nak amik jer kain tuh. Seperti yg dijangka, tak bergunting pun!!!
Moral of the story, kalau nak tempah baju raya, 2-3 bulan sbelum puasa!
biar betullll....banyak sangat ke baju yang nak dijahitnye? Sabar je laaaaa...
ReplyDelete