Travel

Sunday, July 12, 2009

Hari Sukan Tadika Generasi Bestari - Aisya







Hari Sukan

Tadika Generasi Bestari

hari ni, hari sukan tadika aisya. papa ngan amna jer yg pegi, memandangkan mama dlm pantang :(. dpt tgk gmbr ngan video sket pun jd la..

aisya jadi ketua rumah hijau. masuk dewan aisya depan sekali bwk sepanduk. byk jugak acara yg mama tgk, lari kepit bola, selipar tempurung (tp dah x guna tempurung), lari dlm guni. aisya dpt 2 pingat, tak tau la adiah utk acara apa. hehe..

papa cerita, awal2 acara rumah hijau asyik kalah jer..aisya & kawan2 jadi moral down. lepas tuh menang dlm acara lari dlm guni baru la semangat balik. tgk video masa lari dlm guni, suara papa paling kuat bagi semangat..hehe..kalau mama ada sure lagi kecoh..hahaha

Saturday, July 11, 2009

Aimy 10 hari


Aimy 10 Hari


Hari ni genap Aimy 10 hari. Nurse kira setat 1 hari keesokkan selepas bersalin.

Jadi senang la kira. 10hb july = 10 hari.


Hari pertama = keluar wad, balik Klang.

Hari ke-2=Papa masakkan untuk Mama. Ikan bilis goreng & sawi rebus.

Hari ke-3=Ucu masak sup ayam & sawi rebus. TQ ucu!

Berurut..perghhhh..sakit! kasar tui makcik nih urut.

Hari ke-4=Papa masak tenggiri kukus & sawi rebus.

Berurut lagi..fobia rasanya.

Ada keluar lendir dari 'anu' aimy, maybe kotoran dr dalam perut Mama.

Hari ke-5=Balik Bkt Beruntung. Jenuh nak naik tangga :(. Pepet Aimy keluar darah macam peot.

Hari ke-6=Papa register nama Amyra Nur Amna. Nurse KK Serendah datang. Suspect kuning, advise gi klinik check darah. Pegi klinik-result 209.7 (TSB). Tanya nurse pasal darah, nurse kata normal sbb hormon.

Hari ke-7=Papa kerja, tinggal Mama sorang2 jaga Aimy. Nurse KK Serendah datang check.

Hari ke-8=Nurse KK Serendah datang - awai diorg sampai, tak sempat nak mandi..hehe

Hari ke-9=Tali pusat Aimy dah tanggal.

Hari ke-10=Check darah lagi kat KK Serendah. 178(TSB), bacaan menurun, so x yah check dah. Doc advise banyakkan menyusu.

Wednesday, July 01, 2009

Welcome Amyra Nur Aimy


Amyra Nur Aimy

Puteri Cahaya Keberkatan


Hari ini lahirlah Puteri ke-3. Postdate (Overdue) selama 10 hari.

Jangkaannya adalah pada 20 Jun 2009. Sama seperti Aisya dan Amna,

Aimy jugak lewat 10 hari. Kenapa ekk?

Tapi kali ni, x di induce pun..sakit secara semula jadi. Tapi waktu lewatnya sama juga.


Sepatutnya datang ke Hospital Selayang pada hari ke-7 lewat. Tapi disebabkan ahri ke-7 adalah hari Sabtu, Aisya dan Amna x der tempat untuk ditinggalkan. Jadi buat keputusan pegi hari ke-9 iaitu hari Isnin(29 Jun 2009). Selesai check di bilik analisis, masih tiada tanda2 untuk bersalin. Lebih kurang pukul 12 tghari masuk wad kelas 2. Bayar deposit rm350.

Pukul 6 ptg doctor check 'bukaan' - 3 cm. tapi x der kontraksi. Doc kata kalau labor room available masuk labor room.

Pukul 8 malam doctor lain plak check bukaan - still 3 cm. Disebabkan labor room penuh, doc advise monitor jantung baby, kalau takda apa2..esok pukul 6 masuk labor room.

Malam pukul 12 mlm, terasa sakit kontraksi 15 minit sekali..tapi masih boleh tahan. Still leh tidor.

Cuma rasa berdebar2.


Pukul 6 Papa dah sampai kat spital..kesian Papa..kena berualang alik dari Klang (hantar Amyras) lepas tu datang spital malam tadi..sebab ingatkan kena masuk labour room malam tadi. Sebab tak jadi, Papa balik Bkt Beruntung. Dan pagi2 lagi dah sampai kat spital. Tapi Mama x masuk2 labor room pun lagi.


Pukul 8:30 pagi - nurse datang bawak kerusi roda. Nak pegi dah? kinchouuuuuu!!!

Dalam labor room, ada sorang nurse untuk sorg patient. Nurse yg 'jaga' Mama nampak macam berpengalaman. Masa Aisya & Amna dulu nampak muda.

Papa datang teman Mama. Thank you Papa.

Datang 2 org doctor perempuan. Cantik2 doctornya. Sorang doctor check 'bukaan' Mama dan kata dah 5cm. kemudian dipecahkan air ketuban. Mama tak nampak dia guna apa2 alat pun. (Masa nih Papa diminta keluar).

Selepas dipecahkan air ketuban..sakit nak meneran mula terasa. Papa teman kan Mama sambil pegang tangan Mama. Papa sembang macam2 hal yg takder kaitan dengan bersalin, cuba nak alihkan rasa sakit Mama.

Bila rasa nak meneran teramat sangat, nurse kata baru 8cm. Tapi katanya kalau pandai teran dah boleh keluar..itu buat Mama rasa 'tercabar'.

Kemudian doctor cantik yang pecahkan ketuban datang lagi..dia keluarkan lagi air ketuban. Dia minta Mama teran perlahan2. Bagus doctor nih, cakap pun lembut.


Akhirnya, setelah meneran beberapa kali sampai rasa nak putus napas..keluar la kepala baby, nurse tanya Papa tak nak tengok ker? takut? dan buat pertama kalinya Papa tengok baby keluar.

(sebelum nih Papa ada dalam labor room tapi Papa x tengok bebetul)

Lepas keluar, terus nurse letak baby atas perut Mama. Seperti yang di scan. Baby girl. Alhamdulillah.

Di atas perut Mama, nurse potong tali pusat baby. Selesai uri dikeluarkan baby diambil dan dibersihkan.

Kemudian Mama dijahit (repair jahitan lama kata Nurse). Selepas itu, datang doctor lain dan sorg Nurse check jahitan Mama dan pakaikan pad.

Lepas sorg nurse datang bawakkan susu tuk Mama. memang dahaga betul!


Kemudian, nurse bawak masuk baby, kepalanya still kotor..maybe nurse cuma lap2 ajer.

Papa qamatkan baby. Mama susukan baby.

Kemudian Nurse dtg bawak lunch. Lauk ikan masak asam pedas.

Papa suapkan Mama.


Dekat pukul 3 ptg, baru Mama dihantar semula ke wad. Papa tertido tak sedar diri kat bilik menunggu. kesian Papa.

Dalam wad Papa tolong Mama sapukan kat kaki krim halia yang Mama bawak dan pakaikan Mama stokin. Buatkankan milo..memang dahaga sangat!

Papa tunggu Mama sampai petang.

Hontou ni arigatou Papa.

Daisypath Anniversary tickers