Travel

Wednesday, October 25, 2006

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin


Tuesday, October 24, 2006




Baju Raya oh Baju Raya

Tahun ni nak pakai sedondon lah dengan Ecah. Mesti comel Ecah pakai baju kurung sama corak ngan Mama. Amna? Amna kecik lagi..baru 4 bulan. Tak yah lah buat baju kurung.

Sebelum puasa dah beli 2 corak kain kat Nagoya Textiles, Carefour Wangsa Maju. 1 kaler purple, 1 kaler kuning+hijau. Tiap satu corak 6 meter , mama 4 meter, Ecah 2 meter. Nanti boleh la pakai raya pertama dgn raya kedua.

Seminggu sebelum puasa, tempah kat Kak Zah. Dulu arwah mak selalu tempah baju kurung kat Kak Zah.

Cuti raya setat hari Sabtu 21hb October 2006. Balik SS ikut jalan biasa. 1st time guna jalan biasa balik SS, sbb before balik pegi 1U, tukar kasut Ecah dari saiz 30 ke saiz 28. Tgk highway ke utara, JEM! Jadinya masa balik guna la jalan biasa. Abang kata save minyak, tol pun x payah bayar. Tapi perjalanan lama la sket.

Hari Ahad 22hb October 2006, mintak tolong along & angah amikkan baju raya kat Kak Zah. Berdebor-debor nih, tunggu along & angah balik. Sesampai jer, along kata,”tak siap lagi maksu, dia kata esok tak pun malam raya.” Tak kisah la, lambat siap pun janji sebelum pagi raya.

Isnin 23hb October 2006 tengahari, suami Kak Zah datang umah. Dia bagitau kak Zah demam. Jadi jangan mengharap sangat la baju raya siap.JANGAN MENGHARAP?? Kain aku antor sebelum puasa, bukannya semalam baru aku antor. Demamnya setat dari sebelum puasa ker?? Itu dalam hati aku jer ler...hehhe..Aku minta baik-baik, kalau boleh siapkan sepasang pun jadi ler...

Lepas suami Kak Zah datang, rasa tak sedap ati jer..kalau siap gak baju raya aku tu cam ner? Dah la aku tak bawak langsung baju kurung balik kampung. Last-last aku ajak abang pegi Ipoh. Tak sanggup aku takder baju raya. Hehehhe..

Memula pegi Jusco Ipoh. Dah sangka dah, sure tak der baju kurung yg lawo punya. Baju kurung budak langsung la takder. Tepon Yong, tanya
Kat mana ader jual baju raya. Green Town Mall?? Awat aku tak pernah dengor pun mall ni? Yg aku tau Ipoh Parade & Jusco jer…Abang Dee bagi direction, nasib baik la jumpa.

Abis la satu Mall tuh aku tawaf. Lastly, jumpa jugak baju kurung yg aku berkenan dan sama kaler ngan baju Melayu abang. Naik penin2 kepala memilih baju. Kesian abang kena jaga Ecah & Amna. Ecah OK lagi, Amna tuh nak kena dukung jer. Dah la semangat.

Alhamdulillah ader gak aku baju raya.Yg penting pagi raya tuh..nak bergambar ngan family.

Raya kedua, along & angah pegi lagi tanya pasal baju aku. Tak siap jugak!! Hmmm…nasib baik la aku beli baju malam raya tu.

Raya ketiga, aku dah dah tawar ati dah..aku dating nak amik jer kain tuh. Seperti yg dijangka, tak bergunting pun!!!

Moral of the story, kalau nak tempah baju raya, 2-3 bulan sbelum puasa!

Thursday, October 19, 2006

Happy 4th Anniversary!!

12:30 pm - Cinelaisure, Kota Damansara

  • tengok wayang citer "Devil ware Prada".

03:00 pm - One Utama

  • beli kek kat BreadStory, kek greentea.
  • shopping baju melayu/raya abang.
  • hadiah: wallet vs kasut

09:00 pm - umah

  • tiup lilin
  • potong kek
  • makan kek

Happy 4th Anniversary!!

Wednesday, October 18, 2006



Buka puasa di Denso Glenmarie
First time ader company yg belanje customer buka puasa kat office.
Biasanya buat kat hotel2. Tapi bagus juga Denso buat cenggitu, cost dah semestinya kurang dari belanjer kat hotel, satu lagi selesa. Sebab sah2 yang datang tuh semua customer dia. Dapat goody beg lagi! thanx Denso!! heehhee..
Aku numpang abang jer sebenornya. Disebabkan aku 1 company ngan abang, x terasa la diri ni outsider.
Tapi makanannya kurang shedap sikit...air panas pun takder. At least buat la teh tarik...sakit tekak aku minum sirap.(dah la makan free..banyak lak komen aku..kekeke)
Banyak meja kosong lagi. agaknya ramai yg x dapat datang.
Tahun depan jangan lupa jemput lagi!!!

Sunday, October 15, 2006

Amna sunat
Klinik Aniza, Bukit Sentosa.
9.00 pagi

Setelah 3 kali pegi klinik nak sunatkan Amna. akhirnya hari nih Amna berjaya disunatkan. Alhamdulillah...
Amna 4 bulan 1 hari.

Monday, October 02, 2006

Selamat Menyambut Ramadhan.
Selamat Bersahur.
Selamat Berbuka.

gi solat terawih??

Daisypath Anniversary tickers